KESIMPULAN

   

        Air zamzam adalah anugrah yang tidak ternilai kepada umat islam dan manusia sejagat. Salah satu dari mata air dari syurga. yang kita boleh nikmati di alam ini. Mungkin ada kalangan kita tidak perasan bahawa air zamzam antara keajaibban yang luar biasa dan kita dapat rasai dan lihat dengan mata kita. Antara keajaiban air zamzam ialah Perigi yang kecil tapi manusia seluruh dunia boleh menikmatinya serta boleh dibawa pulang.Selain itu, sudah beribu tahun airnya tidak pernah kering.Tidak bercampur dengan air lain sekalipun banjir pernah berlaku di Masjidil Haram dan Rasa yang menyegarkan dan mengenyangkan kepada peminumnya.

 Berdasarkan penjelasan yang ringkas berkaitan air Zamzam bahawa Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kita akan khasiat dan keutamaan air yang diberkati oleh Allah SWT ini. Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah mengamalkan amalan ini sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat dan ulama’ terdahulu. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan atau merezekikan kita untuk meminum air yang berkat ini dan semoga Allah SWT memakbulkan setiap yang kita doa atau hajati. Amin.

Comments