KHASIAT AIR ZAMZAM

KHASIAT AIR ZAM ZAM
~Bila menceritakan tentang pengalaman mengerjakan ibadat umrah dan haji, mesti tidak terlepas untuk menceritakan betapa nikmatnya minum air zamzam di tanah haram ini.
Apakah kelebihan air zam zam?   
                             
1. Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh

  • Fungsi metabolisme adalah untuk menukar bahan yang masuk ke dalam badan seperti lemak kepada tenaga. 
  • Dengan minum air zamzam, ianya sangat berguna supaya metabolisme tubuh mampu berjalan dengan baik serta berguna untuk mencegah terjadinya timbunan lemak di dalam tubuh.


2. Menghilangkan Lapar

  • Menurut sains, air zam zam ini bebas daripada mikroorganisma yang boleh mengurangkan kesegaran air tersebut.
  • Air ini mengandungi dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium.
  • Kedua-dua kandungan mineral ini menjadikan air zamzam bermanfaat untuk menyegarkan badan.
  • Keberkatan air zam zam ini berfungsi sebagai makanan yang boleh mengenyangkan orang yang meminumnya.



3. Memaksimumkan Proses Penghasilan Sel Kulit Mati

  • Air zamzam juga mempunyai manfaat dalam menjaga penampilan kulit badan seperti membantu menghasilkan sel kulit mati dan digantikan dengan penampilan sel kulit baru.
  • Air zamzam juga membantu dalam mencerahkan kulit badan dan muka.



4. Melancarkan Peredaran Darah

  • Minum air zamzam juga dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh manusia.
  • Masalah peredaran darah dalam badan berlaku akibat pengumpulan lemak dalam saluran darah.
  • Pengambilan makanan berlemak seperti makanan segera dan jarang bersenam merupakan salah satu punca pengumpulan lemak dalam badan.


5. Menyihatkan tulang dan gigi

  • Tubuh manusia memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi setiap hari bagi memastikan tulang dan gigi sentiasa sihat dan kuat.
  • Air zamzam mempunyai kalsium yang mampu memberi manfaat bagi kesihatan tulang dan gigi.
  • Kekerapan meminum air ini boleh mencegah daripada berlakunya masalah pereputan tulang dan gigi.



6. Membekalkan Tenaga untuk Ibu Hamil

  • Kami sedia maklum bahawa keadaan badan ibu ketika hamil sering keletihan.
  • Lebihan air zam zam juga dapat membantu mengatasi kelesuan ibu hamil dan memberi tenaga kepada mereka.
  • Ia juga dapat menyegarkan badan dan meningkatkan semangat dalam diri ibu hamil ini.



7. Menguatkan Rahim Ketika Hamil

  • Rahim adalah tempat janin berada. Rahim yang kuat amat penting supaya proses kehamilan 9 bulan dapat berjalan dengan baik.
  • Minum air zamzam sangat berguna untuk menyihatkan dan menguatkan rahim ibu hamil dan secara umumnya boleh menyihatkan tubuh badan ibu hamil.


   

Comments